Pages

Saturday, March 15, 2014

Gotong Royong Perdana Amalan 5S 2014

15 Mac 2014 (Ahad) - Jawatankuasa Induk Amalan 5S SMK Majakir telah mengadakan satu aktiviti gotong royong yang melibatkan semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pelajar asrama pada 07 Mac yang lalu. Fokus gotong royong kali ini adalah untuk melakukan operasi menyisih barang serta bahan yang sudah tidak digunakan lagi khususnya yang terdapat di kawasan Pejabat Am, Bilik Guru Lama dan Bilik Guru Baharu. Aktiviti ini telah diselaraskan oleh En. Bernie Gervais, Penyelaras Amalan 5S sekolah dan dibantu oleh penyelaras di setiap zon yang terlibat.

Kawasan meja guru antara yang perlu diberi fokus oleh semua guru.

En. Mursyid Soadik, Penyelaras Zon Bilik Guru Lama sedang memberi penerangan mengenai tugasan yang perlu diselesaikan.

Susunan peralatan alat tulis di dalam laci pertama perlu seragam untuk semua guru.

Guru mengubah kedudukan dan memindahkan rak, meja dan almari untuk memberi ruang bekerja yang lebih luas.

Kedudukan serta susunan wayar komputer serta peranti seperti pencetak dan pengimbas disusun rapi untuk tujuan keselamatan dan akses yang mudah.

Proses menyisih tidak semudah yang disangka kerana dokumen atau bahan yang ingin disisih perlu diteliti dengan rapi.

Pengetua turut melakukan operasi menyisih bahan-bahan fail yang sudah tidak relevan.

 Pelajar lelaki asrama banyak membantu mengubahsuai Bilik Guru Lama.

Unit Kaunseling dan Kerjaya turut mengambil kesempatan melakukan operasi menyisih dan menyusun di Bilik Kaunseling.

Antara bahan-bahan kertas yang akan dikitar semula.

En. John Gohol bersama Unit Kitar Semula bekerja keras mengumpul dan menyusun bahan kertas yang akan dijual sebagai bahan kitar semula.

Lumayan juga dapatan pada petang tersebut.



Tuesday, March 4, 2014

Lawatan Penandaarasan Amalan 5S Ke Pejabat Pendidikan Daerah Papar

04 Mac 2014 (Selasa) - Pihak sekolah telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Pejabat Pendidikan Daerah Papar untuk melihat dengan lebih dekat bagaimana amalan 5D dilaksanakan oleh pihak PPD. Rombongan dari SMK Majakir seramai 50 orang guru termasuk AKS telah diketuai oleh Tn. Hj. Abdul Aziz Mohamed Zain, Pengetua Cemerlang SMK Majakir serta para Penolong-Penolong Kanan. Rombongan telah diberi taklimat mengenai pencapaian semasa serta proses transformasi yang telah dilalui oleh Pejabat Pendidikan Daerah Papar oleh En. Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar dan En. Iqbal Khan, Penyelaras Amalan 5S PPD Papar. Selepas itu rombongan telah berpeluang melawat zon-zon yang terdapat di PPD Papar.  

Rombongan SMK Majakir. 

Pengetua dan Pegawai Pendidikan Daerah Papar.

Lawatan ke Pejabat Am PPD Papar.

Amalan 5S membantu menceriakan dan menjadikan ruang bekerja selesa dan kondusif. 

Kemas dan seragam. 

Zon-zon diwujudkan bagi memudahkan operasi Amalan 5S dilaksanakan.

Elemen kreativiti tetap diutamakan dalam Amalan 5S. 

Keadaan stor yang tersusun selepas aktiviti menyisih, menyusun dan menyapu bersih diadakan. 

Sudut pameran Amalan 5S di setiap zon.


Pelancaran Amalan 5S Peringkat Sekolah 2014

04 Mac 2014 (Selasa) - Pelancaran Amalan 5S di peringkat sekolah telah diadakan pada 24 Februari yang lalu. Majlis pelancarannya diadakan semasa perhimpunan mingguan sekolah dan telah disempurnakan oleh Encik Abidin Marjan, Pegawai Pendidikan Daerah Papar.